Thursday, February 11, 2016


Salam Sejahtera buat sahabat semua. Lama aku menyepi, bukan lesu. Aku masih bermain tari animasi. Ya industri animasi semakin meriah dengan bermacam-macam rentak dan gaya. Marilah kita terus berseronok dengan hasil animasi yang menarik dan mampu memberi impak kepada keperluan serta pengisian tenaga mahir dalam sesebuah penerbitan.

Geng 3J, animasi pendek terbitan studio aku. Saja-saja buat untuk sambil melatih pelajar-pelajar INTERN dari pelbagai kolej seluruh Malaysia. Kami berekperimen dengan gaya penceritaan, skrip, dialog kata bual, storyboard serta penghasilan animasi pendek yang membawa mesej cintai sejarah dan jangan buang masa.

Apa lagi, jangan buang masa! Tontonlah kami di ZigZagTV sekarang.
https://www.youtube.com/watch?v=IbnVxnsJck0

Saturday, September 8, 2012

USOP SONTORIAN pilot project 1993


 klik link untuk menonton


http://www.youtube.com/watch?v=QjX8yw8dhcM&list=UUzZrxqgWgT-NlpK7uT0MY-w&index=1&feature=plcp


Animasi Usop Sontorian episod 1.0 ( pilot project ) bertajuk Meriam Buluh. Kredit kepada : Kharisma Pictures Sdn, Bhd. Kartunis Ujang, Kamn Ismail, Hood Yusof , Pak Lum, Lal Ramli, Simon Tee & seluruh Karyawan Usop Sontorian 1993-1996.

Terjumpa Pita Video Beta ni di sebuah tapak pelupusan sampah pada tahun 1997, tetapi tak dapat dimainkan kerana secara individu, tiada player yang sesuai. Kini ia berjaya di extract menjadi sebuah video yang boleh ditonton. Terimakasih teknologi.

Monday, January 30, 2012

Membuka Tirai 2012 (walau terlewat, ku coret jua)


Geran Animasi Khas Kenegaraan dan Dana Pembangunan Industri Kreatif (DPIK) membawa khabar gembira buat pemain animasi.

Pembuka tirai 2012 sangat menarik. Sehari dua ini, kita mendapat berita dan perkembangan yang sungguh memberangsangkan bagi kebanyakan 'pemain' animasi tempatan. Pengumuman kelulusan gran DPIK-SKMM kepada kawan-kawan dari kelompok Konsortium CAW membuka medan 2012 dengan serba hangat dan menerujakan. Rata-rata ahli konsortium sekarang ini bukan sahaja sedang bergembira tetapi juga perlu mula belajar cara dan teknik menegangkan kulit dahi yang mula berkerut dengan pelbagai ragam dan kerenah dalam penerbitan animasi. Ia satu senaman yang paling sukar dan tidak semudah mengunyah gegula getah berperisa pudina. Bagi sesetengah teman yang sudah biasa mengenali aku, kerutan di dahi memang telah sedia ada sejak azali, maka bermula saat ini, ia tiba-tiba menjadi 'double decker'.

Juga menarik untuk dicoretkan, berita berkenaan kelulusan Gran Animasi Kenegaraan (FNM-SKMM 2012) kepada 10 pemain animasi. Termasuk dalam kelompok ini, adalah studio aku dan teman-teman seangkatan. Tanpa berlengah, marilah kita usahakan serta manfaatkan dana terbabit dengan sebaiknya, secara tuntas untuk projek animasi, tanpa sekelumit memikirkan untuk mengalihkannya kepada bentuk pembelian saham syarikat lembu.

Kawan-kawan! Teruslah berlari dan menari dalam industri. Mengikut rentak dan melodi yang kian rancak. Secebis pesan dari seorang teman, 'jangan juga hanya pandai menari mengikut rentak orang lain, ciptalah melodi dan bergendanglah dengan irama sendiri'. Sambung aku, pukullah gendang, jangan pukul tong kosong.